
Alhamdulillah,sudah 2 hari aku memasuki fasa baru dalam kehidupanku. Syukur ku ke hadrat Illahi kerana masih lagi dapat merasai nikmat hidup, kemanisan islam dn iman , menghirup segarnya udara, menghitung amal serta bermuhasabah diri. Terasa begitu pantas wktu meninggalkanku..20 tahun bagaikan tak terasa panjangnya. Masih lagi segar dlm ingatanku pertama kali aku menjejak kan kaki ke sekolah tadika. Kini,alhamdulillah aku tlh pun menjejakkan kaki ke menara gading. Berbagai-bagai ujian dan rintangan telah ku hadapi dalam hidupku, semuanya tanda cinta dari Allah kpadaku, bertujuan untuk menguji kesabaran, kemampuan, sifat2 mahmudah, dan tawakkal kepadaNya. Sesungguhnya masalah itu adalah didikan Allah. Kadang kala tersenyum aku sendiri tatkala melihat tulisan2 ku, aku bermuhasabah diri, merenung kembali kisah silamku, mengenali siapa diriku yang sebenarnya. Proses kehidupan tiada hentinya. Dan perbezaan yang diperoleh atas faktor kedewasaan itu cukup indah. Seperti satu frasa yang terkenal ada menyebut " ALAM ITU SATU PERSEKOLAHAN" .Tidak kira tafsiran yang berbeza dari setiap insan,namun konteksnya tetap sama iaitu hidup ini adalah satu proses pembelajaran. Aku sedar, dalam mengecapi nikmat hidup aku sering hanyut dari misi yang sepatutnya ; mnjadi khalifah Allah. Kadang ku terjatuh lalu ku bangun dan kadang ku tersungkur semula. Ibarat roda kehidupan. Kadang di atas kadang di bawah. Terfikirku sejenak, mampukah aku menjadi graduan yang cemerlang demi menggenggam sekalung ijazah keredhaanNya nanti. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua tetap teguh dan tidak mudah mengalah di jalan mujahadah ini.